Sabtu, 21 Januari 2012

Jangan Sombong Dengan Kecantikan dan kekayaan kamu...

Posted by penk syahid on 05.23

 


Kenapa seseorang perempuan boleh bersikap sombong? Seseorang yang merasa dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi lantas memandang rendah kepada orang lain adalah seorang yang sombong.

Biasanya manusia jadi sombong jikalau dia ada kelebihan daripada orang lain. Sama ada dari sudut paras rupa, suara, pangkat, keturunan, kekayaan, kemasyhuran, atau kerana banyak jasa dan amal. Kalau difikirkan secara logik akal, memang tidak patut benar manusia ini bersikap sombong. Kenapa? Katakanlah bahawa dari sudut rupa parasnya dia memang cantik tetapi apakah tidak ada orang lain yang lebih cantik dan lebih menawan daripada dirinya di dunia ini? Sudah pasti ada. Cuma dia sahaja yang tidak sedar, lantas dia pun rasa dia sahaja yang cantik dan menawan. Rupa yang cantik itu sebenarnya adalah satu anugerah mahupun tuah demi menikmati kebahagiaan dunia. Setengahnya menggunakan anugerah Allah itu untuk melakukan maksiat. Dengan menjadi model atau pun pelakon filem yang ditonton oleh ribuan mata yang agressif setiap hari.

Dengan kelebihan rupa yang ada pada dirinya, dia pun tawan ramai manusia yang bernama Lelaki. Lelaki, apabila dirinya sudah digodai, ditawan oleh paras rupa yang menarik dan cantik, anak, isteri dan rumahtangga sanggup dia lupakan! Si perempuan cantik itu pula merasa bangga kerana telah berjaya membuatkan lelaki tunduk di bawah telunjuk jarinya.

Apakah kecantikan yang dimiliki itu boleh kekal selama-lamanya? Sudah terlalu ramai kita saksikan dalam hidup kita seharian, orang yang secantik mana sekalipun di usia remajanya, bila hari tua nanti kulitnya akan menjadi tegang, kendur, pipi gebunya akan berkedut dan kecut, mata bundarnya akan jadi kelabu dan rabun, rambut ikal mayang mengurainya akan jadi putih.

Hilanglah semua kecantikan yang dibangga-banggakan. Kecantikan yang menjadikan dia sombong dan bongkak dengan manusia. Lebih-lebih lagi dia dianggap ungkal dan murka terhadap Allah kerana menggunakan rupa cantik untuk menentang hukum-hakam Allah SWT!

Kalaupun dia tidak sempat melihat hari tuanya, katalah dia mati di usia muda. Lalu jasadnya ditanam di dalam tanah. Maka ulat, cacing dan segala makhluk penghazam dalam tanah akan memamah hidung mancungnya, pipi gebunya, mata bundarnya dan seluruh dagingnya. Yang tertinggal nanti hanyalah tengkorak yang berlubang matanya, yang patah hidungnya, yang berceracak giginya dan tulang-tulang rangka yang keras dan pejal!

0 komentar:

Posting Komentar

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site

 
  • Penayangan bulan lalu